Header Ads

test

MAJLIS SUMBANGAN AIDILFITRI DUN KUBANG ROTAN



ADUN Kubang Rotan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin telah turun padang dalam Majlis Sumbangan Aidilfitri yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan, Kuala Sungai.
Seramai 194 penerima diraikan yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta para petugas DUN Kubang Rotan yang selama ini menyumbang bakti tanpa mengenal lelah.
Mereka adalah antara wira baris hadapan di DUN ini, yang memastikan setiap usaha bersama masyarakat dapat berjalan lancar dan mencapai matlamat yang dihasratkan.
Meskipun nilai sumbangan mungkin tidak seberapa berbanding dengan usaha gigih mereka, namun ia hadir dengan penuh keikhlasan dan doa agar setiap langkah mereka beroleh keberkatan.
"Aidilfitri bukan hanya tentang kemeriahan dan pakaian baharu, tetapi lebih kepada meningkatkan kesyukuran di samping menghargai, berkongsi, dan mengenang jasa.
"Semoga sumbangan ini menjadi lambang kasih dan ingatan bahawa setiap usaha yang dicurahkan tidak akan pernah dilupakan," kata beliau lagi.

Tiada ulasan