Baru-baru ini, ADUN Belantek, YB Haji Ahmad Sulaiman telah mengunjungi beberapa masjid di dalam DUN Belantek dalam usaha mempereratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, beliau turut menyampaikan sumbangan air mineral dan buah kurma kepada masjid-masjid terlibat bagi kegunaan jemaah sepanjang bulan ini.
Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada Masjid Jamek Az-Zahrah, Sungai Senam, Masjid At-Taufiq, Telaga Batu, Masjid Nurul Iman, Gulau, serta Masjid Al-Abror, Kampung Danglau.
Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada jemaah dan menyemarakkan lagi ibadah di bulan penuh keberkatan ini.
Mudah-mudahan kita semua dipilih untuk terus beribadah dan meraih rahmat dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment