Header Ads

test

BDB MENJADI ENTITI PERTAMA MALAYSIA YANG DIIKTIRAF DI BAWAH PROGRAM SIJIL PEMULIHARAAN HUTAN (FCC)


Bina Darulaman Berhad (BDB) mencipta sejarah apabila menjadi entiti pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan dan terpilih untuk berdaftar dalam program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC) yang dibangunkan oleh Malaysia Forest Fund (MFF), agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman menyatakan melalui anak syarikat milik penuhnya, Darulaman Sanctuary Sdn. Bhd., BDB menjadikan Darulaman Sanctuary yang terletak di Lubuk Semilang, Langkawi sebagai model contoh untuk pemuliharaan hutan serta perlindungan flora dan fauna di Malaysia.
Pengiktirafan ini telah menarik perhatian ByteDance System Sdn. Bhd. yang bersetuju menyumbang sebanyak RM176,380.00, manakala BDB Infra Sdn. Bhd. turut menyumbang RM700,000.00 bagi tujuan yang sama. Program FCC menawarkan potongan cukai kepada penyumbang, sekaligus menyokong agenda kelestarian negara.
Majlis Menandatangani Perjanjian Pemuliharaan antara BDB, MFF, ByteDance System Sdn. Bhd. dan BDB Infra telah disaksikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Nor Yahati Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif MFF, Dato' Mohamed Shah Redza Hussein.
Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi BDB di pautan www.bdb.com.my
Malaysia Forest Fund
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
ByteDance

Tiada ulasan