BERAS SEJAHTERA: REZEKI DIKONGSI, NIKMAT DINIKMATI
Kedah terus memainkan peranan penting sebagai penyumbang utama sumber dan bekalan beras negara, dengan menyumbangkan 43 peratus daripada keperluan rakyat Malaysia.
Berkat tanah yang subur serta kegigihan para petani, hasil padi negeri ini bukan sahaja menjadi tunjang sektor pertanian, malah turut dikongsi percuma dengan rakyat melalui inisiatif Beras Sejahtera.
Sempena Karnival Air dan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Baling di Dataran Teksi Stesen Baling semalam, seramai 50 penerima dari DUN Kupang telah menerima sumbangan Beras Sejahtera dan bakul makanan.
Sumbangan 50 kampit beras dan bakul makanan turut diagihkan kepada rakyat oleh ADUN Bayu, YB Mohd Taufik Yaacob.
Semoga limpahan hasil padi Kedah terus subur dan membawa keberkatan kepada seluruh rakyat.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment