Header Ads

test

BERKUNJUNG KE PERUSAHAAN REMPEYEK CHE YAH

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Said berkesempatan melawat perusahaannya di Kampung Padang Temusu, Mukim Derang, Pokok Sena.
Katanya kepada para pelancong dan pelawat, sambil menikmati keunikan Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025 ini, berkunjunglah ke perusahaan Rempeyek Che Yah untuk merasa sendiri rempeyek yang terkenal dengan kerangupan dan kesedapannya.


Bermula dengan tekad untuk membantu menambah pendapatan keluarga, Siti Rokhiah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Che Yah memulakan usaha membuat rempeyek secara kecil-kecilan bersama suaminya.
Kemudian dengan bermotosikal dia menjual rempeyek itu keliling kampung.
Walaupun hasilnya tidak seberapa, tetapi ia cukup untuk merangsang semangatnya berusaha lebih gigih.
Kini perniagaan rempeyek Che Yah bukan lagi kecil-kecilan. Wanita gigih ini telah memiliki perusahaan sendiri dengan 40 pekerja.
Rempeyek Che Yah pula telah menjadi jenama yang cukup di kenali bukan sahaja di Kedah malah di merata pelosok semenanjung.
Perusahaan itu kini diurus oleh anak sulungnya, Hidayah.
Bercerita sepintas lalu mengenai perjalanan yang dilaluinya dalam dunia keusahawanan, Kak Yah berkata sokongan kuat daripada suamilah yang menjadi pendorong sehingga meletakkan beliau pada kedudukan sekarang.
Perjalanannya tidak mudah tetapi semangat yang tidak pernah patah akhirnya membuahkan kejayaan.
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, marilah kita bersama-sama terus memberikan sokongan kepada usahawan yang berjiwa kental ini.

Tiada ulasan