Header Ads

test

MAJLIS PELEPASAN 20,000 ANAK BENIH UDANG GALAH DI PENGKALAN LUBUK BUNTAR


Baru-baru ini, satu majlis pelepasan 20,000 anak benih udang galah telah diadakan di Pengkalan Lubuk Buntar oleh Jabatan Perikanan Daerah Bandar Baharu.
Daerah Bandar Baharu sememangnya terkenal dengan produk sungai seperti udang galah dan ikan baung, yang sering mendapat permintaan tinggi daripada penggemar produk segar air tawar.
Malah, ia juga menjadi salah satu tarikan pelancongan bagi daerah ini.
Bagi memastikan bekalan produk sungai mencukupi serta menjadi sumber pendapatan nelayan darat, Jabatan Perikanan Negeri Kedah bersama Jabatan Perikanan Daerah Bandar Baharu kerap mengambil inisiatif untuk menjalankan siri pelepasan benih udang dan ikan ke dalam sungai.
Dalam majlis ini, hadirin menaiki bot nelayan yang disediakan untuk melepaskan benih udang ke lokasi yang sesuai, khususnya di kawasan berumput bagi memberi perlindungan kepada anak udang agar dapat terus hidup dan membesar.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Roslan Hashim, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Perikanan Daerah Bandar Baharu, Puan Suzila binti Zulkifli, Pegawai Khas ADUN Bandar Baharu, Noordin Mat Darit, dan Penghulu Mukim Bagan Samak, Muhammad Fadzil bin Ahmad.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan