KEBERKATAN AL-QURAN: 3 JUTA PAHALA MENANTI
Ketika kita meninggal dunia, segala yang kita miliki akan ditinggalkan, anak-anak, harta benda, bahkan pasangan tetapi amal ibadah kita, termasuk bacaan Al-Quran, akan tetap bersama kita di alam barzakh.
Tahniah kepada Pengarah Program Tadarus Al-Quran Perdana Peringkat DUN Bukit Lada, Puan Noraini Haji Idris, serta Puan Rubiah Dahaman, Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar Zon 17 Sena, selaku penganjur bersama.
Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Haji Abdul Samad Saad, Pegawai Khas YB Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya, Ahli Parlimen Pokok Sena, serta Ustazah Mariah, Guru Takmir yang bertindak sebagai Khalifah Tadarus dan Khatam Al-Quran.
Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran 207 peserta dari pelbagai kampung dalam DUN Bukit Lada.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment