KERAJAAN NEGERI BERI SOKONGAN PENUH KEPADA JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH
Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap aspirasi pembangunan ummah yang digarap dalam dasar perkhidmatan Jabatan Mufti, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan yang komprehensif bagi tujuan pelaksanaan program dalam menjayakan Sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Kedah.
"Bagi pihak pentabiran kerajaan Negeri Kedah, saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Mufti
Negeri Kedah yang telah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran
untuk sampai ke tahap ia berada sekarang.
"Slogan 'Menjunjung Syariat, Membimbing Umat' yang dipilih sebagai tema
Sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Kedah ini sesungguhnya amat
signifikan dengan tugas yang dilaksanakan oleh jabatan ini,"
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Kedah bertempat di Ballroom 3, Raia Hotel & Convention Centre, di sini hari ini.
Menurutnya, Jabatan Mufti Negeri Kedah pada hari ini meneruskan legasi Syeikhul Islam, memastikan hukum Islam terus ditegakkan dan memberi panduan kepada
umat Islam di negeri Kedah.
Tambah beliau, sambutan itu mengiktiraf kesinambungan fatwa dan pentadbiran Islam di Kedah dari era tradisional hingga ke sistem moden hari ini.
"Diharapkan dengan insentif yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menyambut ulang tahun penubuhan Jabatan Mufti Negeri Kedah yang ke-25 ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya," katanya.
Post a Comment