Header Ads

test

PENDIDIKAN ISLAM, TERAS PEMBANGUNAN UMMAH DI KEDAH


ALOR SETAR – Kedah mempunyai sejarah panjang sebagai sebuah negeri yang subur dalam penyebaran Islam dan kekal menjadi rujukan sehingga kini.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri komited dalam usaha melahirkan generasi teknokrat masa hadapan yang berjiwa al-Quran dan hadis, selaras dengan gagasan Cordoba of Kedah.
“Dalam konteks pembangunan negeri, agenda utama kerajaan adalah menyuburkan lagi Pendidikan Islam dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi melahirkan generasi pewaris negara,” jelasnya.
Tambahnya, sekolah agama, pondok dan maahad tahfiz perlu berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bagi menjamin kelestarian pendidikan Islam serta kemudahan infrastruktur.
“Dengan pendaftaran yang sistematik, bantuan dapat disalurkan dengan lebih terurus dan mencapai objektif dan apa yang disasarankan oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Berbuka Puasa bersama Pengetua, Mudir Sekolah Agama dan NGO Negeri Kedah tahun 2025 di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
“Adalah menjadi angan-angan dan cita-cita besar kita, dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dalam memimpin negeri ini agar dapat memastikan pendidikan Islam terus subur dan dapat ditingkatkan lagi seiring dengan perkembangan semasa,” ucapnya.

Tiada ulasan