LEBIH 2.63 BILION SERTAI QURAN HOUR SEJAK TAHUN 2015
Menurut Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat, program itu merupakan langkah membentuk perilaku masyarakat agar amalan membaca al-Quran diterapkan dan membentuk akhlak yang mulia.
"Program World #QuranHour ini adalah sebahagian daripada usaha menyusun dan mengukuhkan umat Islam dalam satu saf yang teguh, berlandaskan ilmu dan kefahaman terhadap al-Quran.
"Kita tidak mahu menjadi seperti golongan yang ditegur dalam surah As-Saff ayat kedua dan ketiga iaitu mereka yang hanya berkata-kata tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan," ujarnya dalam Majlis Perasmian World #QuranHour Peringkat Negeri Kedah tahun 2025 di Dewan Maktab Mahmud Alor Setar, pagi ini.
Jelasnya lagi, sebagai umat Islam, kita harus memastikan bahawa setiap tindakan dan keputusan yang kita ambil berpandukan nilai-nilai yang digariskan oleh Al-Quran.
Tambah beliau, dengan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran, dapat melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, berintegriti dan berkualiti.
"Oleh itu, keberadaan kita dalam program ini bukan hanya untuk membaca, tetapi juga untuk menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian," katanya.
Post a Comment