MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) INVEST KEDAH BERHAD DAN EVE ENERGY
Majlis ini menyaksikan pengembangan pelaburan bagi fasa kedua, yang akan merangkumi pembinaan kilang sistem penyimpanan tenaga di atas tanah seluas 73 ekar.
Projek ini dijangka bermula pada Jun 2025 dan beroperasi sepenuhnya pada April 2027.
Selain impak ekonomi, pelaburan ini turut membawa manfaat kepada tenaga kerja tempatan dengan mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan. Ini termasuk fasa pertama dan kedua, yang menyumbang kepada pertumbuhan industri berteknologi tinggi di negeri Kedah.
Kerajaan negeri Kedah komited untuk menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menarik lebih banyak pelaburan.
Sokongan dalam bentuk infrastruktur, dasar mesra pelabur dan pembangunan tenaga kerja mahir akan terus diperkukuh untuk memastikan kejayaan projek seperti ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid; Pengerusi EVE Energy, Dr. Liu Jin Cheng; Pengarah MIDA Kedah, Mohd Rushdan Mohd Ghazali dan Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Bhd, Noor Ikhsan Abdul Aziz.
Post a Comment