SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN: BUKTI KETULUSAN KERAJAAN NEGERI
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria berkata, meskipun Kedah tidak sehebat negeri-negeri lain, tetapi Kerajaan Negeri Kedah sentiasa cakna dalam memastikan kehidupan rakyatnya sentiasa aman, damai dan harmoni.
“Bukan kerajaan mengambil hasil titik peluh rakyat untuk membina mahligai yang besar, bukan untuk membina bangunan yang mencakar langit, bukan untuk membina kota-kota besar.
“Tetapi inilah berkat kerajaan, hasil titik peluh rakyat dikenakan cukai dan sebagainya, dikembalikan kepada rakyat,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa daerah Baling yang diadakan di Masjid Al Huda Kampung Hangus, Mukim Kupang, Baling.
Tambahnya, pelbagai sumbangan telah diatur oleh kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat, khusunya daripada kalangan anak yatim, asnaf, penduduk kampung dan lain-lain lagi.
Jelasnya lagi, bantuan tersebut turut merangkumi sumbangan yang telah diberikan kepada sukarelawan masyarakat di setiap daerah.
“Penerima-penerima sumbangan ini mungkin bagi tuan-tuan nampak kecil, tetapi jika dihitung 36 DUN dikalikan dengan 150 orang (penerima setiap DUN), jumlahnya amat besar,” ujarnya.
Post a Comment