Header Ads

test

URUSAN PENTADBIRAN MANA SATU MB KEDAH TIADA TATAKELOLA?


 

Oleh: Zulkifli Yahaya

TATAKELOLA bermaksud tatacara mengelola, mentadbir atau mengurus. Dalam konteks kerajaan tentulah tatakelola dalam urusan pentadbiran kerajaan.
Saya tertarik untuk menyentuh isu “tatakelola” apabila ianya disebut oleh Bekas Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA) Dr. Zaharuddin Sani Sabri dalam mengulas topik “Siapa mampu cabar Sanusi di Kedah?” (Rencana Mingguan Malaysia 16 Mac 2025).
Kata Zaharuddin, “Sanusi dilihat sebagai liabiliti kepada PAS kerana kelantangannya, tatakelola, isu peribadi dan dakwaan gagal dalam pentadbiran.”
Saya tertanya-tanya apakah kegagalan tatakelola Sanusi dalam mentadbir Kerajaan Negeri Kedah, sehingga ia menjadi satu liabaliti?
Kesultanan Kerajaan Negeri Kedah bermula tahun 340 Masihi. Lama sangatlah pulak.. Tak apa, kita ambil kesultanan Kerajaan Negeri Kedah moden bermula 1136 Masihi. Sepanjang tempoh 889 tahun tersebut, Kedah telah mempunyai pelbagai juzuk tatakelola pentadbiran yang diterjemah secara bertulis, mahupun tradisi. Ia diperbaiki saban waktu adalah biasa dalam rencah manusia memperbaiki tamadun.
Siapa yang naik pimpin kerajaan, dahulunya Perdana Menteri Kedah, sekarang Menteri Besar; tertakluk pada tatakelola sedia ada. Sekali lagi saya bertanya, tatakelola mana satu yang Sanusi langgar? Atau buat kerja tiada tatakelola?
Nak belanja satu sen duit Kerajaan Negeri mestilah melalui Bajet yang telah diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri. Duit kerajaan tidak boleh diguna untuk bayar gaji kelab bolasepak negeri. MB tiada kuasa mutlak anugerah projek pada pemaju Logi Rawatan Air. Itu sekadar beberapa contoh bagaimana seorang MB tidak boleh mengabai tatakelola.
Menjelang PRN 2023, dilaporkan gabungan BNPH telah menggunakan pelbagai instrumen kerajaan untuk mencari ‘salah’ Sanusi, khususnya berkaitan integriti. Letih mereka mengorek dan lenguh jari mereka selak kitab tatakelola untuk mencari salah Sanusi tapi tak jumpa. Cuma satu yg cuba dikait dengan Akta Hasutan. Itupun meloroih di tengah jalan.
Lalu saya ingin bertanya Dr Zaharuddin untuk kali ketiga.. apakah tindakan Sanusi yang menyimpangi tatakelola dalam pentadbiran Kerajaan Negeri?

Tiada ulasan