Header Ads

test

SUMBANGAN BAJU RAYA AIDILFITRI: KONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA ASNAF & ANAK YATIM


Alhamdulillah, suasana semalam begitu meriah dengan kehadiran 70 penerima istimewa dalam Majlis Sumbangan Baju Raya kepada Asnaf dan Anak Yatim di Jakel Sungai Petani.
Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik, tetapi juga mempereratkan silaturahim sesama umat Islam, terutama menjelang Syawal yang penuh keberkatan.
ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PKNK, PUSPANITA, dan Jakel atas sumbangan baju raya serta duit raya kepada penerima.
Sumbangan ini amat bermakna, membawa senyuman, dan memberi keceriaan kepada anak-anak yang bakal menyambut Aidilfitri.
Terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki dan memberikan perhatian kepada golongan yang memerlukan.
Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan