𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇 𝐁𝐔𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐊𝐂𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐇𝐀𝐑𝐀𝐇
Bumbung rumah Makcik Daharah sebelum ini mengalami kerosakan teruk akibat dimakan usia dan serangan anai-anai, menyebabkan struktur bumbung menjadi lemah.
Keadaan bertambah buruk dengan cuaca tidak menentu kebelakangan ini, sehingga ada bahagian bumbung yang hampir runtuh.
YB Rashidi mengambil maklum perkara tersebut dan telah menasihati waris untuk menghubungi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi mendapatkan bantuan.
Syukur, pihak LZNK bersetuju menanggung sepenuhnya kos baik pulih rumah tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah atas keprihatinan yang ditunjukkan.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment