Header Ads

test

PESAKIT TERLANTAR DAERAH KOTA SETAR TERIMA BANTUAN BSPT


ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni enam pesakit terlantar dalam daerah Kota Setar yang terdiri daripada DUN Kota Darul Aman dan DUN Derga bagi menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).
Tiga pesakit daripada DUN Kota Darul Aman adalah Chik Yasin, 92 terlantar sakit tua; Maizatun Saidin, 51 yang mengalami strok dan Hambali Ashari, 45 terlantar akibat kemalangan jalan raya.
Seterusnya tiga pesakit dari DUN Derga adalah Hussain Habib, 59 menghidap masalah buah pinggang tahap 4; Haikal Hamzah, 49 disahkan kanser tulang sejak 2 tahun lalu dan Mohd Shukri Yaakob,63 merupakan pesakit buah pinggang tahap 4.
"Kebanyakkan pesakit yang dilawati hari ini adalah mereka yang menghidap masalah buah pinggang kronik.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberikan bantuan bulanan, pihak PERKESO telah menyumbangkan pencen kilat kepada dua orang pesakit. Manakala, Lembaga Zakat Negeri Kedah turut menyumbangkan dua buah katil.
“Kita doakan semoga mereka dikurniakan kesembuhan, dan semoga penjaga pesakit diberi ketabahan dan kesabaran untuk menjaga keluarga yang ditimpa ujian kesihatan," ujarnya.

Tiada ulasan