MESYUARAT PENYELARASAN TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA 2025
Program Tuisyen Rakyat Sejahtera kini memasuki tahun kedua penganjurannya dan akan diperluas pelaksanaannya dengan melibatkan 26 DUN di seluruh Negeri Kedah.
Walaupun hanya 26 DUN menjadi penganjur utama, penyertaan pelajar adalah terbuka dan merangkumi wakil dari semua DUN di Kedah.
Antara DUN yang terlibat dalam penganjuran Tuisyen Rakyat Sejahtera 2025 ialah Jeneri, Merbau Pulas, Sungai Limau, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang, Kuala Ketil, Suka Menanti, Kubang Rotan, Alor Mengkudu, Kulim, Kuah, Kota Siputeh, Pedu, Bukit Lada, Derga, Pengkalan Kundor, Sungai Tiang, Gurun, Bukit Selambau, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Kupang, Lunas, Bandar Baharu dan Belantik.
Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar calon SPM daripada keluarga B40 untuk mengikuti kelas tambahan serta mempelajari kemahiran menjawab soalan di luar waktu pengajian rasmi.
Program ini akan bermula pada 13 dan 14 Jun 2025 dan akan berlangsung selama 8 minggu.
Diharapkan usaha ini dapat membantu pelajar memahami kaedah serta teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan, seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan SPM.
Post a Comment