Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, berkenan mencemar duli berangkat ke majlis mengucapkan selamat jalan kepada Jemaah Haji Negeri Kedah Darul Aman.
Seramai 143 orang Jemaah Haji daripada negeri Kedah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Alor Setar hari ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijadualkan bertolak ke Tanah Suci pada jam 1.35 pagi keesokannya menaiki pesawat AMAL Malaysia Airlines.
Bagi musim haji 1446H/2025M, Kedah mencatatkan keseluruhan jemaah seramai 2,548 orang di mana 1,090 orang terdiri daripada jemaah lelaki dan 1,458 orang
adalah jemaah wanita.
Turut hadir Menteri Besar Kedah,YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Haji Khazali; Barisan Exco Negeri Kedah; Mufti Negeri Kedah, Sohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang; Pengarah Wilayah Utara Lembaga Tabung Haji (TH), Dato’ Muhammad Mokhzani Mukhtar dan Pengurusan TH Negeri.
Post a Comment