Header Ads

test


 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad merasmikan majlis Penutupan Mesyuarat Agong Tahunan Ke-57 Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Perhubungan Negeri Kedah 2025 bertempat di Dewan Seri Mentaloon.
Difahamkan LKPIM Perhubungan Negeri Kedah telah 57 tahun bertapak di Negeri Kedah ini.
Tidak dinafikan disebalik pelbagai usaha murni yang telah dijalankan oleh LKPIM cabarannya tidak semudah yang disangka.
NGO ini menjadi harapan untuk menyelesaikan isu masyarakat seperti kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan bencana alam dan wanita yang berhadapan dengan cabaran besar seperti kekurangan dana dan sokongan kewangan.
Beliau berharap dengan menjadi ahli gabungan Majlis Kebajikan Negeri Kedah sedikit peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri dapat membantu LKPIM mengadakan aktiviti mereka.

Tiada ulasan