Header Ads

test

PERTEMUAN BERSAMA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH


Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, bagi membincangkan beberapa perkara penting yang menyentuh kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
Turut hadir bersama ialah Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Belanjawan), Muhammad Alif Ismail.
Antara yang dibincangkan termasuklah hal berkaitan penjawatan guru-guru Maahad Tahfiz Sains Darul Aman dan Maktab Mahmud serta pembangunan Maktab Mahmud Yan, yang perlu dilihat sangat perlu diberi perhatian bagi memperkukuh sistem pendidikan agama di negeri Kedah.
Beliau turut menyentuh mengenai bantuan operasi kepada Sekolah Agama Rakyat, agar institusi pendidikan rakyat ini dapat terus berfungsi dengan baik dan memberi manfaat secara berterusan kepada masyarakat.
Dalam ruang yang sama, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam turut membangkitkan keperluan untuk naik taraf jalan-jalan kampung dalam DUN Sungai Limau, khususnya di Mukim Sala Besar, Mukim Sungai Daun, dan Mukim Dulang.
Beliau amat berharap agar usaha menaik taraf infrastruktur asas ini dapat dilaksanakan secara berperingkat dan diberikan kouta lebih kerana di DUN Sungai Limau ini terdapat banyak jalan bagi kemudahan pertanian serta jalan kampung.
Dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan semua jabatan yang terlibat, beliau percaya segala hasrat dan keperluan rakyat akan dapat direalisasikan dengan sebaiknya.

Tiada ulasan