60 TAHUN PKNK: SIMBOL ASPIRASI PEMBANGUNAN KEDAH
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PKNK telah meninggalkan jejak yang bermakna dalam landskap ekonomi negeri Kedah.
“PKNK telah menjadi contoh GLC negeri yang cemerlang dalam prestasi, berintegriti dalam tadbir urus, ikhlas dalam berkhidmat, selaras dengan halatuju baharu dan menyokong inisiatif strategik negeri Kedah.
“Namun, kita tidak boleh selesa dengan kejayaan pada masa lalu. Kedah kini menyusuli pelbagai inisiatif seperti pembangunan sempadan Bukit Kayu Hitam (BKH), Projek Kedah Science and Technology Park (KSTP) dan Projek Delepan (SBZ) yang sedang rancak dijalankan,” ujarnya.
Tambahnya, selain pembangunan lapangan terbang kargo, PKNK boleh menceburi bidang pembangunan hartanah, industri dan logistik di sekitar aerotropolis yang sedang kita usahakan.
“KHTP fasa lima (5) sebagai taman teknologi tinggi paling berjaya, perlu diperkasakan. Pemerkasaan ini akan membuka peluang pelaburan semula dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
“Oleh itu, PKNK mesti bertindak proaktif dalam menyediakan tanah, kemudahan sokongan, perumahan dan latihan kepada bakal tenaga kerja,” katanya sewaktu Majlis Pelancaran Sambutan 60 Tahun PKNK di Wisma PKNK, Alor Setar.
Beliau berkata, penilaian terhadap kejayaan PKNK dapat dilihat apabila ia mula mengorak dengan memberikan semula pulangan kepada masyarakat yang terpinggir pada masa lalu.
“Saya percaya ramai anak-anak Kedah hari ini bekerja, berniaga dan hidup dalam suasana serba maju, hasil daripada projek-projek yang telah diusahakan oleh PKNK.
“Dalam tempoh 60 tahun ini, kita harap kita tidak menjadi spoiler dan kita akan mencetuskan kebangkitan 60 PKNK yang kedepannya, insyaAllah,” ucapnya.
Post a Comment