Header Ads

test

DASAR WANITA KEDAH BERSIFAT INKLUSIF, RESPONSIF DAN REALISTIK


ALOR SETAR - Perancangan dasar wanita Kedah perlu menepati keperluan sebenar masa kini yang benar-benar inklusif, responsif dan berpaksikan realiti semasa wanita di negeri Kedah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, dasar itu dilengkapi akses kepada pendidikan dan latihan sepanjang hayat; peluang ekonomi dan sokongan keusahawanan; kesaksamaan dalam penggubalan dasar dan proses membuat keputusan; perlindungan daripada keganasan rumahtangga, diskriminasi dan eksploitasi; kesihatan fizikal dan mental serta pengiktirafan peranan wanita di kawasan luar bandar dan bandar.
“Sesi hari ini bukan sekadar majlis biasa, tetapi ia adalah medan dialog, wacana dan
penyatuan fikrah untuk merangka dasar wanita Kedah.
“Dasar yang mantap tidak boleh digubal secara bersendirian oleh kerajaan. Ia perlu
mendengar denyut nadi masyarakat, suara
akar umbi, dan pandangan pakar,” ujar beliau dalam Sesi Libat Urus Dasar Wanita Negeri Kedah Bersama Pemegang-Pemegang Taruh di Dewan Jamuan Negeri, Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Jelas beliau, sesi libat urus itu turut melibatkan lima Kumpulan Kluster Dasar Wanita Negeri Kedah yang merangkumi Kluster Ekonomi, Kluster Pembangunan Bakat/Pendidikan, Kluster Kesihatan, Kluster Jaminan Sosial/Kesejahteraan dan Kluster Kepimpinan.
Katanya, input yang telah dikongsi oleh para pemegang taruh akan membantu untuk memperkukuh dasar ini, menjadikannya lebih relevan, praktikal dan berimpak tinggi kepada wanita Kedah.
“Wanita bukan sahaja tulang belakang
keluarga, malah turut menjadi tonggak kepada pembangunan negeri.
“Mereka bukan lagi hanya penyumbang tidak langsung, tetapi kini berada di barisan hadapan dalam pelbagai sektor antaranya pendidikan, keusahawanan, perkhidmatan awam, kepimpinan komuniti dan banyak lagi,” ujarnya.

Tiada ulasan