Header Ads

test

HARI KOMUNITI KAMPUNGKU SEJAHTERA: ERATKAN HUBUNGAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI


PEDU - Hari Komuniti Kampungku Sejahtera merupakan inisiatif penting kerajaan negeri untuk mengeratkan hubungan antara penduduk setempat serta meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan komuniti.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, program itu dibawah portfolio beliau sebagai tanggungjawab memacu pembangunan luar bandar, memperkasakan masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Program ini juga diadakan dengan selingan-selingan aktiviti lain seperti program panjat pokok kelapa. Bermula daripada tingkatan 2 boleh memanjat sebagai mata pencarian.
“Saya ucapkan tahniah kepada saudara zul yang menunjukkan bakatnya dan masa yang sama kita dapat mengenali siapa yang boleh digunakan oleh masyarakat melalui kemahirannya,” ujarnya semasa merasmikan program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera Peringkat Daerah Padang Terap di DUN Pedu.
Tambahnya, beliau amat berharap agar program itu menjadi titik tolak kepada pengukuhan hubungan antara kerajaan dan rakyat selaras dengan hasratnya untuk membina komuniti yang lebih harmoni.
Katanya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM4.4 juta untuk sumbangan beras sejahtera dan tahun depan peruntukan akan ditambah lagi.
Jelasnya lagi, kerajaan juga telah menyediakan 100 lot untuk diberikan kepada rakyat yang mahu membina rumah tetapi tidak mempunyai tanah sendiri dengan syarat-syarat tertentu.
Menurut beliau, setiap MKK memainkan peranan penting untuk menyebarkan berkenaan program ini supaya masyarakat tahu apa usaha yang telah dilakukan oleh pihak agensi-agensi kerajaan.
“Ketua-ketua kampung memainkan peranan memberi taklimat dan membawa berita yang benar kepada orang-orang kampung.
“Sama-samalah mengutamakan saluran maklumat rasmi sebagai rujukan utama dan menolak budaya penyebaran maklumat palsu yang boleh memecah belahkan masyarakat,” katanya.

Tiada ulasan