Header Ads

test

LIMA PESAKIT TERLANTAR DUN BANDAR BAHARU TERIMA BANTUAN BSPT

 

BANDAR BAHARU - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni lima pesakit terlantar dalam DUN Bandar Baharu bagi menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).
Lima pesakit adalah Nur Qisya Ammara, 1 menghidap saluran makanan sempit dan sukar bernafas; Abdul Halim, 64 lumpuh kerana kolestrol dan darah tinggi; Che Norlia, 68 yang tidak mampu menguruskan diri atas faktor kesihatan; Wahid Hashim, 70 yang terlantar dan Arfah, 46 yang perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu.
“Ada di antara mereka juga yang telah pun mendapat sumbangan mesin bantuan penafasan daripada pihak LZNK dengan kos lebih kurang RM15,000.
“Majlis Agama Islam Negeri Kedah turut memberikan RM1,000 dan telah pun dimasukkan ke dalam akaun penjaga pesakit terlantar.
“Dalam pembentangan bajet nanti diharapkan YAB Menteri Besar meluluskan lagi peruntukan untuk program BSPT kerana program ini sangat bermanfaat buat rakyat,” ujarnya.
Turut hadir Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Tuan Roslan Hashim; ADUN Bandar Baharu, YB. Ts. Dr. Mohd Suffian Yusoff; Pegawai Khas YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz; wakil Majlis Agama Islam Negeri Kedah; wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat; wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah; wakil PERKESO dan wakil Pejabat daerah Bandar Baharu.

Tiada ulasan