PULAU LANGKAWI DINOBATKAN PULAU KEDUA TERBAIK ASIA
Pengiktirafan berprestij ini merupakan anugerah tahunan yang menjadi penanda aras utama dalam industri pelancongan global, sekaligus mengukuhkan kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau ini.
Tambahan lagi, Langkawi berjaya memperoleh markah cemerlang 92.99 mengatasi destinasi terkenal seperti Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand. Anugerah ini adalah berdasarkan undian jutaan pembaca dari seluruh dunia yang menyertai tinjauan tahunan tersebut.
Selain itu, pengiktirafan ini membuktikan kejayaan hasil usaha berterusan pelbagai pihak dalam memastikan Langkawi kekal sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia serta membuka peluang kepada Kerajaan Negeri Kedah memperkukuh imej pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Kedah 2025.
Hal ini turut dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin bahawa kejayaan ini mencerminkan dedikasi serta semangat seluruh komuniti Langkawi, termasuk penggiat industri pelancongan, pengusaha hotel, pemandu pelancong, peniaga kecil, nelayan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pihak swasta serta NGO.
Pengiktirafan ini juga menggambarkan bahawa Langkawi bukan sekadar sebuah pulau, tetapi telah menjadi jenama pelancongan antarabangsa yang membanggakan negeri Kedah dan Malaysia secara keseluruhannya.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, sekaligus menarik lebih ramai pelancong ke negeri Kedah.

Post a Comment