HANYA DAERAH KUBANG PASU DILANDA BANJIR, 1,503 MANGSA DITEMPATKAN DI 13 PPS
Sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kubang Pasu menempatkan 1,503 mangsa daripada 481 keluarga setakat 5.00 petang ini.
Sementara sebuah PPS di Kulim yang sebelum ini beroperasi di Masjid al-Muhtadin, Sungai Seluang ditutup sepenuhnya pada tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah memaklumkan, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Masjid Al Ikhsan Changkat Setol, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8, Dewan Kampung Tradisi, SK Binjal, Dewan Kodiang dan
Dewan Felda Batu 8.
Enam lagi PPS dibuka di Dewan Kampung Tradisi Paya Pahlawan, SK Malau, Dewan Padang Sera, SK Sultan Ahmad Tajuddin, Masjid Abu Bakar Malau dan Dewan Wawasan Jitra.
Mukim yang terjejas ialah di mukim Temin, Sungai Laka, Binjal/Hosba, Keplu dan mukim Ah.
Antara kampung terjejas termasuk Kampung Nangmah, Kampung Paya Nongmi, Kampung Masjid, Kampung Paya Lantau, Kampung Padang Pasir, Kampung Bikit, Kampung Tebing, Kampung Kbang Betong, Kampung Paya, Kampung Bendang Tok Leh dan Taman Seri Changlun.

Post a Comment