Header Ads

test

46 MANGSA BANJIR DUN AYER HITAM TERIMA BANTUAN

Seramai 46 penduduk Kampung Bagan yang terkesan dengan banjir bulan lalu telah menerima sumbangan bakul makanan.
ADUN Ayer Hitam, Azhar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Hasani yang sentiasa menghulurkan bantuan.


“Terima kasih kepada Yayasan Hasani yang tidak pernah putus memberikan sumbangan. Setiap kali musibah berlaku, bantuan mereka pasti sampai kepada yang memerlukan,” ujarnya.
Majlis penyampaian sumbangan ini telah diadakan di rumah Saudara Ken (panggilan kampung).
Semoga semua penerima sumbangan ini diberi ketabahan, kekuatan dan rezeki yang berterusan serta sentiasa dilindungi Allah SWT dalam menghadapi segala ujian kehidupan.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan