KURSUS LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN PKNK 2025
Program berprestij ini memberi fokus kepada tema ‘Bagaimana Lembaga Pengarah Boleh Membentuk Kejayaan Masa Depan’ selari dengan era transformasi semasa.
Menerusi Pelan Transformasi PKNK 2.0, PKNK terus berpegang kukuh kepada prinsip tadbir urus korporat berasaskan akauntabiliti, ketelusan, integriti, pengurusan risiko dan keharmonian bersama pemegang taruh. Penekanan terhadap elemen-elemen ini diyakini mampu menjana nilai jangka panjang kepada negeri Kedah.
Sanusi turut menyaksikan dua sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada majlis tersebut.
MoU pertama melibatkan Kedah Overseas Trading Network Sdn Bhd (KOTRAN) dan SWO Sdn Bhd, ditandatangani oleh Pengerusi KOTRAN, Dato’ Wira Isahak Murat dan Ahli Lembaga Pengarah KOTRAN, Maisarah Fazilah, sementara SWO diwakili Pengarah, Caroline anak Adrian dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SWO, Arul Shankar a/l Jaganathan.
Kerjasama strategik ini merupakan langkah permulaan bagi pengoperasian aktiviti kapal ke kapal di had pelabuhan Yan, Kedah. KOTRAN selaku anak syarikat PKNK telah melantik SWO Sdn Bhd sebagai operator rasmi bagi pengoperasian kapal ke kapal serta khidmat sokongan di kawasan Pelabuhan Persekutuan Yan atau perairan Yan.
Seterusnya, MoU kedua dimeterai antara Kedah Management Service Sdn Bhd (KMS) dan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia. MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi KMS, Dato’ Wira Isahak Murat dan Pengurus KMS, Farah Wahida Mukhtar; sementara PwC diwakili Partner merangkap Northern Regional Offices Leader PwC Malaysia, Huck Khiam Lim dan Tax Partner, Public Sector Leader & Inclusion and Diversity Leader PwC Malaysia, Tariq Murad.
MoU ini menjadi simbol komitmen bersama memperkukuh tadbir urus, meningkatkan pembangunan keupayaan serta menggerakkan inisiatif strategik yang memberi nilai tambah sekali gus sebagai tanda permulaan kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak memantapkan kecekapan organisasi.
Usai sesi MoU, majlis diteruskan dengan forum bertajuk ‘Bagaimana Lembaga Pengarah Boleh Membentuk Kejayaan Masa Depan’ menampilkan Sanusi bersama Tariq serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Dato’ Mohd Sahil Zabidi sebagai ahli panel.





Post a Comment