200 KELUARGA TERIMA BERAS SEJAHTERA DAN BEG MAKANAN
Seramai 200 keluarga di sekitar Tebengau telah menerima sumbangan Beras Sejahtera berserta beg makanan.
Program ini bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan serta memastikan kebajikan rakyat terus terbela.
Penyampaian sumbangan tersebut melibatkan penduduk dari enam buah kampung iaitu Kampung Tebengau, Kampung Tepi Laut Tebengau, Kampung Sematang Tebengau, Kampung Alor Ibus, Kampung Alor Ibus Tepi Laut dan Kampung Selarong Batak.
Program ini turut disertai oleh Pengerusi MKK Alor Ibus, Encik Sudin; Pengerusi MKK Tebengau, Ustazah Mashitah; barisan Ahli Jawatankuasa JPrD serta HALWA DUN Pengkalan Kundor.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada para penerima dan menjadi tanda keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri Kedah terhadap kebajikan rakyat.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment