PROJEK PENAMBAHBAIKAN PANTAI LEMAN, KUALA KEDAH HAMPIR SIAP
Kerja-kerja projek penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam di Pantai Leman, Kuala Kedah kini hampir siap sepenuhnya.
Usaha ini mencerminkan komitmen pihak pelaksana dalam menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selesa, selamat dan mesra pengguna untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, Dato' Mohd Salleh Saidin turun meninjau projek tersebut dan turut beramah mesra bersama para pengunjung di samping mendengar pandangan serta berkongsi perkembangan berkaitan inisiatif penambahbaikan yang sedang dan bakal dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Usaha ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi aktiviti riadah, rekreasi dan pelancongan di Pantai Leman, seterusnya memberi manfaat kepada komuniti setempat serta merancakkan ekonomi kawasan sekitar.
Orang ramai turut diseru agar bersama-sama menjaga kebersihan dan kemudahan awam yang disediakan supaya keindahan Pantai Leman dapat dipelihara dan dinikmati oleh semua.
Post a Comment