Header Ads

test

400 MURID DUN LUNAS TERIMA BANTUAN BACK TO SCHOOL FASA 2

 


Seramai 400 orang murid menerima sumbangan menerusi Program Back To School DUN Lunas 2026 Fasa 2 yang berlangsung di Dewan Putra.
Program ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan serta memastikan anak-anak memulakan sesi baharu dengan lebih yakin dan bermotivasi.
Menurut ADUN Lunas, Khairul Anuar Ramli, program tersebut mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan pendidikan anak-anak, khususnya daripada keluarga yang memerlukan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak KTPC, TNB serta semua penyumbang yang telah membantu menjayakan program berkenaan.
Program Back To School ini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada anak-anak Lunas untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan