AIU BERPOTENSI PROMOSI KEDAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Kekuatan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) dalam bidang Komunikasi Media bukan sahaja berpotensi menyumbang kepada pembangunan kemahiran pelajar, malah mampu memainkan peranan penting dalam mempromosikan pendidikan serta negeri Kedah di peringkat antarabangsa, termasuk sebagai jurubahasa dan duta pendidikan global.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke AIU bersama Pegawai Latihan Bahagian Sumber Manusia Negeri Kedah, Zahanim Mohd Zdazir.
Kunjungan itu disambut oleh Naib Canselor dan Presiden, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar; Timbalan Naib Canselor (Akademik), Profesor Dr. Haji Mohamad Abdullah Hemdi, barisan eksekutif kanan, para dekan serta pemangku dekan universiti.
Fokus utama perbincangan adalah berkaitan peluang dan kekosongan penempatan pelajar latihan industri di pejabat-pejabat kerajaan negeri Kedah, di samping meneroka kemahiran serta kepakaran yang dimiliki oleh AIU untuk dimanfaatkan bersama.
"Selain itu, AIU turut mempunyai kepakaran dalam latihan akademik merangkumi bidang Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, yang diyakini dapat dimanfaatkan secara lebih meluas di peringkat negeri," ujarnya.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ADUNSungaiLimau
#AIUniverseChallenge
Post a Comment