Header Ads

test

CARUMAN SSPN SELAMA TIGA TAHUN KEPADA ANAK-ANAK ASNAF

 


Anak- anak Asnaf akan menerima inisiatif caruman SSPN melibatkan tempoh selama tiga tahun dengan kadar RM30 sebulan, bermula Februari 2026 hingga 2027 bagi tahun pertama dan diteruskan pada tahun 2028 sebagai usaha memperkasa akses pendidikan masa hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata demikian ketika mempengerusikan Taklimat Caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pengerusi Komuniti Wakil Rakyat (PKWR).
Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada wakil rakyat negeri berhubung kepentingan perancangan awal simpanan pendidikan serta perlindungan takaful bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak Kedah.

Tiada ulasan