Header Ads

test

ISU PADI TERUS BEBANI PESAWAH

 


Oleh: Amal Nabila
ANAK BUKIT – Isu kenaikan kadar pemutuan benih padi yang menjejaskan pendapatan pesawah menjadi antara fokus utama dalam sesi dialog bersama komuniti pesawah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Rashidi Razak berkata, dialog tersebut bertujuan membincangkan isu berkaitan benih padi, hak serta kebajikan pesawah yang semakin terkesan dengan cabaran semasa sektor pertanian.
"Kadar pemutuan padi yang terus meningkat tanpa kenaikan harga padi yang setimpal menyebabkan pendapatan bersih mereka semakin berkurang dan menjejaskan kelangsungan aktiviti penanaman," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, kenaikan kos input pertanian seperti benih, baja, racun, sewaan jentera dan upah buruh turut memberi tekanan besar kepada pesawah.
"Masalah pengairan ke kawasan sawah turut dibangkitkan apabila bekalan air yang tidak menentu dan sistem saliran yang bermasalah menjejaskan jadual penanaman dan hasil padi, khususnya ketika musim kemarau," jelas Rashidi lagi.
Dalam pada itu, Rashidi turut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi memastikan kebajikan pesawah terus terpelihara.

Tiada ulasan