Header Ads

test

PIHAK JKR DAN JPS BERI PENJELASAN KEPADA WAKIL RAKYAT

 

Isu projek lewat siap, masalah saliran dan jalan rosak yang sekian lama menjadi rungutan penduduk akhirnya dibawa terus ke meja perbincangan apabila Kerajaan Negeri Kedah mengadakan satu mesyuarat dan taklimat khas melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Wisma Darul Aman.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Dato’ Mohamad Yusuf@Munir Zakaria dan dihadiri Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, selain penglibatan pengurusan tertinggi jabatan berkaitan dan pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN).
Taklimat yang disampaikan oleh JKR dan JPS disifatkan sebagai sangat kritikal dan berfokus kepada isu sebenar di lapangan, khususnya projek-projek yang sering dipersoalkan oleh rakyat.
Melalui mesyuarat ini, mereka berpeluang mengemukakan soalan secara terus dan mendapatkan penjelasan terperinci berhubung projek yang mendapat rungutan penduduk setempat.
Penjelasan yang diberikan membantu wakil rakyat memahami kekangan serta perancangan penyelesaian yang sedang dan akan dilaksanakan.
dan JPS atas kejayaan menyiapkan beberapa projek infrastruktur yang telah memberi keselesaan dan manfaat besar kepada rakyat, terutama di kawasan luar bandar.
Mesyuarat ini juga bukan sekadar sesi taklimat, sebaliknya menjadi platform penting untuk menyelaraskan keutamaan projek, memperkemas pemantauan serta memastikan setiap aduan rakyat tidak dipandang ringan.

Tiada ulasan