Header Ads

test

PRIHATIN NASIB WARGA UZUR, PERMOHONAN KEMUDAHAN TANDAS DIBERI PERHATIAN


Kasih seorang anak tidak pernah meminta balasan. Demi keselesaan ibu yang sakit dan uzur, Zuridah Saaban, 40 memohon peruntukan tandas kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bandar Baharu.

Berikutan itu, PKWR DUN Bandar Baharu turun menziarahi dan meneliti sendiri keadaan sebenar keluarga terbabit. 

Selaku Pegawai Khas ADUN Bandar Baharu, Encik Noordin meminta Pengerusi dan Setiausaha MKK membuat bajet dan diserahkan ke Pejabat ADUN secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya. 

Tampak senyuman terukir diwajah Puan Zuridah, seolah-olah doanya selama ini dikabulkan Allah. 

Tidak lupa juga buat Puan Zuridah dan keluarganya buah tangan daripada ADUN Bandar Baharu, Dr Suffian sumbangan Beras Sejahtera dan set Bakul Makanan. 

Setiap luahan didengar, setiap keperluan diberi pertimbangan.

Inilah bukti bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, bukan sekadar bantuan.

Semoga usaha kecil ini memberi makna besar buat mereka yang diuji.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan