Header Ads

test

PROGRAM BERAS SEJAHTERA BUKA TIRAI 2026 DI DUN PANTAI MERDEKA

 


Kehangatan awal tahun ini diserikan dengan Program Beras Sejahtera yang membuka tirai 2026 di DUN Pantai Merdeka.

ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Sharir Long turun padang menyantuni warga Kampung Bukit Lalang sambil menziarahi rumah penduduk dan bertanya khabar.

Program kerajaan negeri itu diteruskan pada tahun 2026 dengan pelaksanaan sumbangan secara bulanan yang diselia oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN dan Ketua Kampung (MKK) bagi memastikan setiap kampung menerima bantuan secara sistematik.

Penerima sumbangan dipilih oleh ketua kampung masing-masing bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan