Header Ads

test

ZIARAH PESAKIT: BANTUAN KATIL UNTUK AZIZAN SALIM

 

Azizan Salim, 69 tahun mengalami kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Pos Pokok Sena sehingga patah peha dan pergelangan tangan.

Menurut laporan, kemalangan berlaku apabila kenderaan di hadapan tidak menyedari kehadiran beliau. Doktor memaklumkan bahawa proses pemulihan dijangka mengambil masa enam hingga tujuh bulan.

Hari ini beliau telah menerima kunjungan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada dan Parlimen Pokok Sena bagi menyampaikan sumbangan katil.

Bantuan disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Pokok Sena, Abdul Samad Saad bersama Pengerusi MKK Sungai Durian, Ku Ashaari di kediaman Azizan di Kampung Lanchuk Tok Led. 

Sumbangan ini diharap dapat memudahkan ahli keluarga beliau dalam menguruskan penjagaan harian.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan