SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN TANDA PRIHATIN KERAJAAN NEGERI KEDAH
Sebagai tanda keprihatinan kepada keluarga yang ditimpa musibah, Kerajaan Negeri Kedah meneruskan inisiatif i-KAFALAH bagi membantu meringankan beban waris yang kehilangan insan tersayang.
Inisiatif kebajikan ini dizahirkan melalui Penyampaian Sumbangan Khairat Kematian bernilai RM500 kepada 13 waris yang berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat DUN Belantek, Sik, semalam.
Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban waris dalam urusan pengurusan jenazah ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment