ZIARAH KASIH DI KAMPUNG PADANG GAONG
Program Ziarah Kasih Pusat Khidmat DUN Ayer Hangat pagi ini diteruskan ke Kampung Padang Gaong bersama MKK Ku Noorlina dan Setiausaha MKK, Raja Shila.
Sebanyak 4 buah rumah telah diziarahi melibatkan 20 orang penerima. Selain penyampaian sumbangan, mereka turut berkesempatan menziarahi jiran-jiran yang kurang sihat.
Dalam masa yang sama, sesi susulan bersama agensi JKM turut dilaksanakan bagi menyemak status penerima bantuan.
Terdapat penerima yang masih menerima bantuan, ada yang belum mengemukakan borang maklum balas, serta permohonan bantuan baharu yang perlu diberi perhatian.
Usaha ini diharap dapat memastikan kebajikan mereka yang memerlukan terus terbela dan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment