ZIARAH PRIHATIN DUN KUBANG ROTAN
ADUN Kubang Rotan, Dato' Mohd Salleh Saidin meluangkan masa menziarahi Che Olah Hashim, isteri kepada Cikgu Din, di kediaman beliau di Kampung Pondok, Kuala Sungai.
Kunjungan ziarah ini bertujuan menzahirkan rasa keprihatinan serta sokongan moral terhadap keadaan kesihatan Che Olah yang kini sedang menghadapi masalah buah pinggang dan masih menerima rawatan berterusan.
Mohd Salleh turut menitipkan doa agar beliau diberikan kekuatan, kesabaran serta kesembuhan dalam menjalani proses rawatan dan pemulihan.
Semoga Che Olah Hashim dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Post a Comment