Header Ads

test

ISU RUMAH IBADAT PERLU DIPATUHI, KUNCI KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK


 

Amal Nabila
ALOR SETAR – Isu rumah ibadat perlu diurus dengan penuh tanggungjawab dan mematuhi peraturan sedia ada bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama terus terpelihara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Ustaz Hanif Ghazali menegaskan bahawa pembinaan rumah ibadat, sama ada masjid atau rumah ibadat bukan Islam, mesti melalui proses yang sah.
Menurutnya, masih terdapat salah faham kalangan masyarakat khususnya berkaitan konsep wakaf yang dianggap sebagai pemberian percuma kerajaan, sedangkan ia sebenarnya adalah sumbangan individu untuk tujuan kebajikan agama.
“Pembinaan masjid atau surau tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa mengikut peraturan. Semua pihak perlu memahami prosedur ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Sultan Kedah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.
Beliau turut menekankan bahawa prinsip keadilan perlu menjadi asas dalam menjaga keharmonian antara agama.
“Sejarah membuktikan keadilan Islam apabila hak rumah ibadat agama lain turut dipelihara tanpa penindasan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ustaz Hanif berkata kepatuhan kepada undang-undang adalah kunci utama dalam memastikan keamanan dan keharmonian dapat dipertahankan dalam jangka panjang.
"Saya menyeru semua pihak agar terus menghormati undang-undang serta memainkan peranan masing-masing dalam memelihara perpaduan negara," ujarnya lagi.

Tiada ulasan