Header Ads

test

v

 

Ku Azizah Ku Hamid

KOTA SARANG SEMUT - Projek pembinaan Jambatan Sala kini telah mencapai kemajuan sebanyak 97 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Dato’ Mohamad Yusuf@Munir Zakaria berkata, walaupun projek itu berdepan beberapa cabaran pada peringkat awal termasuk kesan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), isu utiliti serta pengambilan tanah, namun ia berjaya diatasi hasil kerjasama semua pihak.

“Alhamdulillah, kerja-kerja utama khususnya konkrit telah pun disiapkan dan kini hanya berbaki beberapa bahagian kecil,” katanya ketika mengadakan lawatan tapak projek berkenaan, hari ini.

Menurut Mohamad Yusuf, projek yang dimulakan sejak tahun 2021 itu dijangka siap sepenuhnya pada Jun, namun terdapat kemungkinan laluan tersebut dapat dibuka lebih awal kepada kenderaan ringan seperti motosikal.

“Insya-ALLAH, menjelang pertengahan Mei ini, konkrit yang telah disiapkan akan mencapai tempoh matang.

"Walaupun kita tidak dapat menetapkan tarikh pembukaan yang tepat, ia bergantung kepada keadaan semasa, namun kemungkinan laluan boleh dibuka secara berperingkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak kontraktor, pejabat daerah serta pejabat tanah yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut.

“Diharapkan semua pihak terus bersabar dan mendoakan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna serta memberi manfaat kepada semua pengguna,” katanya.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ADUNKualaNerang

Tiada ulasan