Header Ads

test

PENJAWAT AWAM KEDAH TERIMA BONUS RM3,000

 


Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan khas sebanyak RM3,000 kepada semua anggota pentadbiran negeri dan penjawat awam negeri ini sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan khas kewangan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM15 juta.

Beliau berkata, pembayaran bagi bantuan khas kewangan ini akan dibuat sebanyak tiga kali, iaitu sebahagiannya pada Disember ini dan bakinya pada Februari dan Ogos tahun depan.

“Seramai 5,031 orang akan menerima manfaat ini dan dibayar pada Disember sempena persiapan hari persekolahan, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Februari dan Ogos sempena Hari Kemerdekaan.

“Sejak tahun 2021 bonus tak pernah meningkat, jadi kita bagilah kali ini,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Bajet Kedah 2027 bertemakan “The Greater Kedah: Mensejahterakan Rakyat” di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Menurut beliau, dedikasi warga kerja dalam memastikan setiap projek pembangunan terlaksana membolehkan Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat membangunkan Kedah daripada negeri jelapang padi kepada negeri berpendapatan tinggi dan progresif.

“Gerak kerja cemerlang anda di lapangan, bermula daripada kumpulan sokongan sehingga ke peringkat pengurusan tertinggi, adalah nadi kepada pelaksanaan setiap inisiatif dan program pembangunan negeri.

“Kerjasama erat antara kepimpinan politik dan jentera pentadbiran adalah kunci kejayaan kita dalam membangunkan Kedah yang kita cintai ini,” katanya.

Tiada ulasan