Header Ads

test

REE SUMBER HASIL BAHARU KEDAH, DUA SYARIKAT PEROLEH LESEN MELOMBONG

Roslinda Hashim
ALOR SETAR - Dua syarikat yang bekerjasama dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) sudah memperoleh lesen melombong bagi meneroka unsur nadir bumi (REE) di Kedah sejak usaha pembangunan sumber mineral itu dimulakan pada 2020.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, REE merupakan sumber hasil baharu yang berpotensi meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri pada masa hadapan.
Menurutnya, usaha penerokaan REE sedang dipergiatkan menerusi kerjasama MBI dengan beberapa syarikat, dengan dua daripadanya telah memperoleh Lesen Pajakan Melombong (ML) atau Lesen Melombong Tuan Punya (PML).
“Di samping itu, MBI sedang dalam proses melengkapkan beberapa kajian teknikal termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKPM) diluluskan di peringkat Persekutuan.
“Kerajaan Negeri komited untuk memastikan hasil daripada REE ini diuruskan secara telus, cekap dan adil oleh semua pihak berkepentingan demi manfaat ekonomi yang besar kepada negeri dan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Kedah 2027 bertemakan ‘The Greater Kedah: Mensejahterakan Rakyat’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

 

Tiada ulasan