Header Ads

test

12 KELUARGA KUARANTIN KENDIRI TERIMA BANTUAN


12 KELUARGA KUARANTIN KENDIRI TERIMA BANTUAN

MERBOK - Seramai 12 keluarga yang menjalani kuarantin kendiri COVID-19 di kediaman masing-masing menerima sumbangan daripada ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali, petang tadi. 

Katanya, sumbangan berupa barangan dapur itu diletakkan di luar rumah bagi mengelakkan berlakunya kontak dan mematuhi SOP yang telah digariskan.

Sejak dua minggu lalu, peningkatan jumlah individu yang dikuarantin semakin ketara. 

"Antara lokasi mereka yang menjalani kuarantin kendiri adalah Kampung Bendang Dalam, Pengkalan Bujang, Kampung Banggol, Taman Merbok Permai, Taman Lembah Bujang Fasa 3 dan 5.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang lebih baik dan perlindungan kepada kita semua,”ujar Ustaz Hanif.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#BantuKedahMenang
#covid19
#kebajikan 

Tiada ulasan