Header Ads

test

ANCAMAN DADAH MASA KINI


ANCAMAN DADAH MASA KINI

Pagi tadi YB Tuan Mohd Firdaus Bin Ahmad, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah memenuhi jemputan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontigen Negeri Kedah ke program Townhall Discussion "Ancaman Dadah Masa Kini" di Pusat Latihan Polis Pulau Langkawi (PULAPOL).
Dalam perbincangan terbuka itu, beliau menekankan bagaimana usaha menangani masalah dadah ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti agensi berkaitan dengan keluarga, belia, agama dan perpaduan. Kerjasama bersepadu dengan semua pihak ini dapat memberi kesan menyeluruh, sekali gus menyelesaikan permasalahan dadah di negara ini.
"Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah. Antaranya pergaulan dengan kawan yang tidak baik dan sikap ingin mencuba. Peratusan tertinggi punca penagihan dadah adalah pengaruh kawan akibat kurangnya perhatian daripada ibu bapa.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih baik dalam memantau anak mereka seperti mengetahui aktiviti harian dan dengan siapa mereka berkawan. Selain itu, stigma terhadap dadah perlu diperbetulkan. Ibu bapa jangan malu hendak mengaku apabila anak-anak terlibat dengan dadah, sebaliknya segera membawa mereka untuk mendapatkan rawatan, dan sentiasa berhubung dengan pelbagai agensi yang ada, cthnya pihak PDRM, AADK & Pusat Rawatan Dadah."katanya.
Beliau berharap masalah dadah akan berkurangan dan bukan lagi menjadi musuh nombor satu negara. Bagaimanapun, hasrat itu hanya boleh dicapai dengan bantuan dan penglibatan oleh semua pihak. Selain itu, kepada mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sila tampil mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan secara sukarela. Perancangan di pihak kami, pelbagai program melibatkan belia bagi menerapkan aspisrasi belia untuk membenci dadah dan seterusnya membantu memberikan kerjasama menghapuskan dadah.
Menurutnya lagi, Pihak kerajaan sentiasa menjalankan program pemulihan kepada rakan-rakan kita yang telah tersilap langkah dan terlibat dalam penagihan dadah. Di AADK, terdapat ramai penagih yang telah pulih. Mereka ini dijadikan role-model dalam membantu usaha dan memberi motivasi kepada penagih yang sedang berusaha untuk pulih. Program rawatan dan pemulihan juga sentiasa melibatkan bekas-bekas penagih dan mereka ini bertindak sebagai role-model dan juga pemangkin dalam pemulihan. Terdapat NGO Persatuan Rakan Kepulihan Anda (PERAKAN) yang terdiri daripada mereka yang telah berjaya dalam membebaskan diri dari penagihan. Sebagai insentif dan bantuan bagi mereka untuk mengekalkan kepulihan, majikan yang menggajikan mereka diberikan intensif cukai khas. Ini memberi peluang kepada bekas penagih untuk mendapatkan hidup baru yang bebas dari risiko penagihan semula.
"Sebenarnya, Dalam konteks Jabatan Belia dan Sukan Negeri, pelbagai program yang melibatkan belia telah dirancang terutamanya program Sukan, Belia dan juga Rakan Muda. Ia melibatkan penglibatan belia dari peringkat sekolah Menengah sehinggalah belia berusia 30 tahun. Program Sukan Tahunan di peringkat Daerah/Mukim yang akan diteruskan selepas pendemik covid-19 adalah program Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) yang telah terhenti sejak tahun 2020."
"Dalam masa yang sama, melalui Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan Persatuan-persatuan Belia di daerah-daerah juga turut menganjurkan program yang bertujuan untuk menangani permasalahan dadah seperti acara sukan, program gotong-royong, program kemasyarakatan, ceramah, kempen dan pelbagai lagi," ujurnya lagi.
Beliau juga mengucapkan terima kepada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM), Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Kedah serta ahli panel Prof Dr Nor Azniza Ishak, Professor Pusat Pengajian Psikologi Universiti Utara Malaysia (UUM) , ACP Mohd Taufik Bin Maidin, Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Kedah dan Moderator Prof Madya Dr Kamal Ab. Hamid, Professor Pusat Pengajian Pengurusan Peniagaan UUM, yang terlibat sama pada hari ini dalam usaha kita bersama menangani 'Ancaman Dadah Masa Kini'
'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'
Sumber: Page Pejabat Exco, Belia & Sukan Kedah

Tiada ulasan