Header Ads

test

DAKWAAN KUARI HARAM BEROPERASI DI SUNGAI KULIM ADALAH TIDAK BENAR

 


DAKWAAN KUARI HARAM BEROPERASI DI SUNGAI KULIM ADALAH TIDAK BENAR

ALOR SETAR- Dakwaan sebuah kuari yang dikatakan melakukan aktiviti mengorek pasir secara haram sehingga berlaku hakisan adalah tidak benar.

Kuari itu mendapat kelulusan sepanjang 300 meter untuk mengeluarkan pasir dan meluruskan sungai.

Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan yang diadakan di Wisma Darul Aman hari ini.

“Daripada pemerhatian Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Negeri Kedah keadaan sungai menjadi cetek dan terdapat beting enapan pasir di tengah sungai yang mengakibatkan ia berliku dan menerjah ke tebing sungai tersebut.

"Aduan runtuhan tebing tersebut adalah di luar kawasan yang diluluskan sekarang.

“Runtuhan tersebut adalah kesan runtuhan lama yang berlaku sebelum kelulusan diberikan kepada pengusaha.

"Jarak dari tebing sungai ke sempadan lot adalah lebih kurang 20 meter. Oleh itu, tanah runtuhan itu adalah tanah simpanan sungai bukan tanah individu,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, pengusaha juga bersetuju untuk memperbaiki tebing dan mengubah aliran air menghala ke tengah sungai semula sekiranya mendapat kebenaran.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan