Header Ads

test

KAJI KEWAJARAN EKSPORT KETUM KE THAILAND

 


KAJI KEWAJARAN EKSPORT KETUM KE THAILAND

ALOR SETAR- "Jika sudah ada permintaan yang tinggi terhadap daun ketum untuk diproses bagi tujuan kesihatan, saya cadang kerajaan perlu mengambil manfaat menjadi pengeksport daun ketum daripada Malaysia kepada Thailand."

Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan yang diadakan di Wisma Darul Aman hari ini.

“Saya dapati semua agensi penguatkuasa telah memberi begitu banyak masa, komitmen dan sumber tenaga mereka untuk membanteras penyeludupan daun ketum,” ujar beliau.

Beliau turut mencadangkan kepada agensi-agensi penguatkuasa untuk membenarkan proses mengeksport daun ketum secara sah dengan peraturan yang sesuai.

Menteri Besar turut menjelaskan bahawa Kedah adalah tanah yang paling sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran spesies ketum paling baik bagi perubatan yang sedang diusahakan di negara jiran (Thailand).

“Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bersedia melantik mana-mana anak syarikat kerajaan untuk menjadi ejen tunggal di Kedah supaya kita dapat mengumpulkan komoditi ketum ini dan menjadi pengeksport secara sah dan kerajaan boleh mendapatkan cukai. Malah penguatkuasa tidak perlu susah payah membanteras penyeludupan.

“Kedah boleh menjadi ‘One Stop Centre’ untuk pengumpulan kepada komoditi ini. Jadi proses untuk mengesahkan eksport daun ketum itu perlu dibincangkan oleh agensi-agensi terlibat,” tambah Sanusi.


Tiada ulasan