Header Ads

test

395 MANGSA BANJIR TERIMA WANG IHSAN


BALING - Seramai 395 mangsa banjir kawasan Baling menerima Wang Ihsan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) fasa dua di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, baru-baru ini. 

Bantuan ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigediar Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad (B). 

Katanya, sumbangan ini diumumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar Dan Air di bawah YB Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir. 

Hadir sama, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, ADUN Bayu, YB Abd Nasir Idris dan Pegawai Daerah Baling, Haji Mohd Shahadan Haji Abdullah.

Tiada ulasan